Khamis, 31 Disember 2015

Resepi makanan berpantang bawal stim lada hitam

Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam
-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak:

Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 








resepi makanan berpantang tumisan sawi putih berkicap


Resepi Berpantang : Tumisan Sawi Putih Berkicap
-------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

2 batang sawi putih
Hirisan cili merah
Hirisan bawang kuning Holland
Ikan bilis dicincang kasar
Kicap manis
Lada sulah
Garam
Sedikit minyak masak
Air

Cara memasak:

Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau, masukkan sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun sawi. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi sedikit layu dan tuang ke dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya. Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak. Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 






resepi makanan ketika berpantang kailan kuah sos tiram

Resepi Berpantang : Sawi Bok Choy / Kailan Kuah Sos Tiram
--------------

Bahan-bahan:

Sawi bok choy / kailan / baby kailan secukupnya
Seulas bawang putih dititil dan dihiris
Lada sulah
Garam
Air
Minyak untuk menumis - gunakan minyak bijan jika mahu lebih berperisa.
Sesudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - tak letak pun tak apa
Sos tiram

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingha kekuningan. Masukkan air dan biarkan ia merenih seketika. Jika menggunakan minyak bijan, tumiskan bawang sekejap sahaja dan masukkan air segera untuk mengelakkan minyak bijan hangit dan berubah rasa. Masukkan sayuran dan perasakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biarkan kuah merenih seketika dan hidangkan.

* Sawi adalah sayur pilihan masyarakat India bagi wanita yang baru bersalin kerana dipercayai dapat membuang angin menurut Majalah Pa & Ma.

Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 

Resepi makanan ketika berpantang sup singgang ikan tenggiri

Resepi Berpantang : Singgang Ikan Tenggiri
-----------------------------------------------------------

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
1 inci halia dipotong kepingan
1 inci kunyit hidup dipotong kepingan
2 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
Garam
Air

Cara memasak:

Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 








Resepi makanan ketika berpantang ikan haruan bakar


Resepi Berpantang : Ikan Haruan Bakar
-----------------------------------------------------

Bahan-bahan :

Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau

Cara memasak:

Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 





Resepi makanan ketika berpantang

Resepi Berpantang : Ikan Haruan Masak Lada Hitam
----------

Bahan-bahan:

Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam

Cara memasak:

Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
 — 






Resepi makanan ketika berpantang

Resepi Berpantang: Ikan Bilis Halia
==========

Bahan-bahan:

2 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah (yang besar)
2 - 3 inci halia
1/2 sudu gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Cara Memasak:

Basuh ikan bilis dengan bersih
Hiris bawang merah
Hiris halia memanjang dan halus
Goreng ikan bilis sehingga garing dengan minyak yang sedikit banyak (lagi garing lagi sedap)
Setelah garing, keluarkan dari kuali, kurangkan minyak dan goreng bawang merah, putih dan halia
Setelah layu dan naik bau, masukkan semula ikan bilis tadi
Masukkan gula dan serbuk perasa
Gaul dengan sebati
Hidangkan panas

Sumber Resepi: http://www.sweetbonda.my/ikan-bilis-halia-mudah-disediakan-sedap-dimakan/

 





Selasa, 29 Disember 2015

Kebaikan vitamin e untuk kulit

KEBAIKAN VITAMIN E.

Assalamualaikum .

Petang ni Izan nak share pengalaman Izan sebelum kenal dengan VITAMIN E SHAKLEE.Dulu kulit Izan memang kering dan parut pun banyk.Betul kata orang tak kenal maka tak cinta.Sebulan Izan istiqomah makan Vitamin E Shaklee muka nampak lebih moist n parut jerawat dah takde.Tu yang cik abang Izan makin sayang hehehe..

Masa ada promo Vitamin E Shaklee buy one free one,Memang syoklah.. time tu lah Izan borong sampai tak ingat dunia ingat akhirat jer.hehe..Vitamin E Shaklee memang menjadi salah satu kegemaran Izan dan juga keluarga.Bukan saja vitamin  E menjadi pilihan keluarga Izan,ESP,Vitamin C,B Complex ,Alfafa ,Lecithin , Omega Guard dan Ostematrix semuanya Izan suka n family pun suka.Dalam entry kali ni Izan nak berkongsi Vitamin E yang sangat special ni..dan menjadi kegemaran orang ramai

Kenapa Vitamin E Izan kata  sangat special?

Kerana VITAMIN E SHAKLEE adalah vitamin semulajadi,dan khasiat Vitamin E Shaklee yang istemewa dengan tambahan Selenium dan Ekstrak Grape Seed sekali menjadikan lebih baik daripada kebanyakan vitamin E dipasaran.

 Antara vitamin yang dicadangkan untuk masalah kulit dan nak cantik, gebu dan mulus adalah vitamin E SHAKLEE. Bagi pengamal vitamin E SHAKLEE,membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin e melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

Dulu masa kulit Izan kering selalu jugak buat masker .Lepas cuci muka pakai NUTRIWHITE CLEANSER muka nampak moist dan lembut je..Tu yang ramai saudara mara puji dan cakap Izan  ni mcm ada memakai je..Memang lah Izan ada memakai......pakai baju hehehe...so u olls kalau nak nampak muda macam Izan bolelah ambil VITAMIN  E SHAKLEE secara istiqomah.Tak salah cuba sebab natural supplemen cepat larut dalam badan tak macam ubat yang mengambil masa yang lama untuk larut.


NAK TAHU KEBAIKAN VITAMIN E?



-- Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

· Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  
· Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

· Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

· Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
· pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

· Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Banyak kebaikan Vitamin E ni kan, bukan sekadar untuk kecantikan sahaja tapi banyak manafaatnya. Yang paling penting pengambil Vitamin E secara istiqomah membuatkan pengamal lebih muda dari umurnya..






Harga Pasaran

VITAMIN E SHAKLEE DIPASARAN : RM158.00


Nak Order? 

Your Shaklee Independent Distributor
Tuan Hafizan Hassan
Sms/Whatsapp : 018.2070.942

Izan menjanjikan HARGA DISKAUN HEBAT buat semua customers Izan.
Whatsapp Izan dan CUSTOMER SERVICE ESKLUSIF menanti!

FREE POSTAGE
FREE CONSULTANT
GOT FREEGIFT
CAN ADD ON OTHER VITAMINS
FOR TRIAL


Khamis, 24 Disember 2015

Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini Hari Jumaat, penghulu segala hari. 
Jadi, ambillah kesempatan Hari jumaat ini untuk perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah saw dan membaca surah Al Kahfi antara Sunnah baginda ketika hari Jumaat.

Ok, dalam entry lepas, Izan ada tulis mengenai Keistimewaan Vitamin B Complex berbanding produk luar sana. So, hari ni.. Izan nak cerita sikit tentang Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee yg tengah hot sekarang ni di media sosial. :)

Ada 120 biji dan tahan 4 bulan!


KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

 Banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee:
  1. Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi badan.
  8. Penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK.

  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberi tambahan tenaga.
Image result for kanak-kanak bermain

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE UNTUK ORANG DEWASA & WARGA EMAS.

  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
Image result for orang dewasa Image result for warga emas

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG

  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia.
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mencegah kecacatan janin
Image result for baby dalam kandungan

KESAN TUBUH KEKURANGAN VITAMIN B 
  • Masalah kulit seperti dermatitis, kulit kering, kulit pecah di sudut mulut dan byk lagi.
  • Sakit sendi seperti kebas-kebas, sait otot
  • Bayi yang lahir berpotensi mengalami cacat mental 
  • Hilang fokus
  • Badan letih
  • Cepat marah
  • Mengalami muntah dan loya
  • Anemia (kurang darah)
TESTIMONI TERBAIK



HARGA PASARAN

B COMPLEX : RM 60.00

NAK ORDER? 

Your Shaklee Independent Distributor
Tuan Hafizan Hassan
Sms/Whatsapp : 018.2070.942

Izan menjanjikan HARGA DISKAUN HEBAT buat semua customers Izan.
Whatsapp Izan dan CUSTOMER SERVICE ESKLUSIF menanti!

FREE POSTAGE
FREE CONSULTANT
GOT FREEGIFT
CAN ADD ON OTHER VITAMINS
FOR TRIAL



Keistimewaan B Complex Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang rutin harian Izan dan sekeluarga. Tiap2 pagi mesti ambil supplement. Antara vitamin pagi yang Izan ambil adalah B COMPLEX SHAKLEE untuk boost tenaga menjalani aktiviti seharian.
Alhamdulillah, jenguk stok tadi.. baru perasan rupanya stok B Complex kat rumah tinggal sebotol aje. Itu pun, sudah bertuan. hehe.. Tuannya muda lagi. Masih student. Biasalah student kan mmg perlukan tenaga yg byk untuk ke hulu ke hilir sana sini dengan asignment yg berlambak2 tu.. 

Lagi satu, dgn mengamalkan B complex ni dalam kehidupan Izan, 
Izan tidak mudah stress yang mengundang marah yang tiba2 tak tahu pasal. Haha. So, thanks to Allah pertemukan dgn B Complex Shaklee yang membantu menangani emosi marah berpunca dari stress.

Dalam Hadis Rasulullah saw, 
Rasulullah saw memberi pesan dan mengulang 3 kali supaya 'Jangan Marah.' 

Dan apabila para pengkaji membuat kajian, barulah mereka tahu rupanya Marah mampu melahirkan satu racun yg bahaya untuk TUBUH BADAN KITA.

So, memang siapa yg cepat stress lepas tu marah2, boleh consume B Complex ni. Insyaallah membantu disamping dekatkan diri kita dengan Allah seperti berwudhu, solat, baca quran, selawat dan zikrullah. :)


Image result for beribadah kepada allah

Mcm yg korang tengok tajuk besar Izan, hari ni Izan nak share pasal Keistimewaan Vitamin B Complex. 

APA YANG SPECIAL VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

BERBANDING PRODUK LAIN?


Boleh tahan 4 bulan! tak rugi beli.

Vitamin B Complex Shaklee adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex  terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotinana 


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. 
Dan Vitamin B Complex Shaklee ni menghasilkan B complex dengan teknologi berpaten yang ekslusif. HANYA ADA PADA B COMPLEX SHAKLEE kerana itu, B COMPLEX SHAKLEE lebih special dari produk lain.


Kalau produk lain yg berlambak difarmasi, kebanyakannya kandungan 8 Vitamin B tidak cukup dan tidak mempunyai biotin yang mana boleh bantu tukarkan makanan menjadi tenaga dalam badan. 

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai Asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.


"Kak Izan, kalau kita tak ambil B COMPLEX tak boleh ke?"
Ok, Meh..kita tengok dulu..

PENTING KE AMBIL B COMPLEX?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan  makanan
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Image result for vitamin b complex shaklee

JADI,SIAPA YG PERLU AMBIL VITAMIN B COMPLEX?

  • Pasangan yang mengalami masalah kesuburan
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Ibu yang sedang mengandung
  • Ibu yang sedang menyusukan anak
  • Pelajar yang letih dan nak fokus dalam kelas
  • Pelajar yang nak elak mengantuk dalam kelas
  • Mereka yang letih bekerja
  • Mereka yang ada masalah migrain
  • Mereka yang ada masalah resdung
  • Mereka yang nak sihat dan cantik
  • Warga Emas
  • Wanita yang mengambil pil perancang
TESTIMONI TERBAIK


HARGA PASARAN

B COMPLEX : RM56.00

NAK ORDER?


Your Shaklee Independent Distributor
Tuan Hafizan Hassan
Sms/Whatsapp : 018.2070.942

Izan menjanjikan HARGA DISKAUN HEBAT buat semua customers Izan.
Whatsapp Izan dan CUSTOMER SERVICE ESKLUSIF menanti!

FREE POSTAGE
FREE CONSULTANT
GOT FREEGIFT
CAN ADD ON OTHER VITAMINS
FOR TRIAL